SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan FA R16 | Selangor FC vs Sri Pahang FC

Apr 14, 2023 - FAS

Selangor FC memulakan Piala FA dengan perlawanan menentang Sri Pahang FC pada hari esok (15 April) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya  jam 10 malam.

Untuk pengetahuan, Gergasi Merah merupakan antara enam pasukan teratas Liga Super 2022 dan dua pasukan teratas Liga Perdana 2022 automatik layak ke pusingan 16 terbaik pada saingan Piala FA musim ini. 

Minggu ini merupakan Round 16 Piala FA 2023, Selangor FC telah dijadualkan menentang Sri Pahang FC setelah mereka menewaskan Perak FC dalam pusingan kelayakan.

Pemain tonggak pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab mahu membantu pasukan untuk mara ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2023.

"Pada saya, kami telah membuat persiapan yang baik, segala arahan para jurulatih telah kami praktikkan untuk perlawanan kali ini. Saya juga yakin rakan sepasukan sudah bersedia untuk berikan yang terbaik di atas padang pada hari esok.

“Bagi diri saya pula, saya ingin membantu pasukan dengan tidak membenarkan sebarang gol dijaringkan oleh pihak lawan. Saya akan cuba bertahan bersama-sama dengan rakan sepasukan yang lain dan jika mendapat peluang untuk menjaringkan gol sebagai pemain pertahanan, saya akan laksanakannya bagi memastikan pasukan layak ke perlawanan seterusnya,” semangat Yazan.

Bagi keberadaan pemain, berkemungkinan besar Alexander Agyarkwa dan Zikri Khalili akan bersama pasukan untuk perlawanan #SELSRP setelah terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan minggu lalu.

Pihak pengurusan Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan. Semoga berjaya, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!